TAHUKAH ANDA?

Penandaan “Cat marking”  dan Kencing Merata “Inappropriate Toileting” adalah dua perkara yang berbeza. Namua kedua-duanya sentiasa dirujuk sebagai Kencing Merata. Perilaku penandaan dipengaruhi oleh komunikasi atau sosialisasi, manakala kencing merata adalah berpunca daripada pengurusan bekas pasir. Dua faktor yang berbeza ini akan membawa kepada penilaian dan rawatan yang berbeza. 

Penandaan VS. Kencing Merata

KENCING MERATA adalah masalah yang melibatkan kucing yang enggan kencing atau membuang najis di dalam bekas pasir. Tindakan ini dapat dilihat dengan kedudukan postur squat dan kucing sering menggali atau menutupi urin. Kencing merata  sangat berkait rapat dengan pengurusan bekas pasir kucing di rumah. Penilaian tentang punca keengganan dan pilihan kucing anda terhadap jenis bekas pasir, jenis pasir kucing, dan lokasi tertentu akan membantu dalam menentukan rawatan yang sesuai.

Semasa PENANDAAN, postur kucing berada dalam keadaan berdiri dengan ekornya diangkat dan menyemburkan sebilangan kecil urin kepada objek tertentu. Tabiat tidak menunjukkan sebarang tingkah laku menggali atau menutupi urin. Objek yang ditandai biasanya mempunyai sosial signifikan seperti tingkap atau pintu di mana kucing di luar rumah dapat dikesan, kawasan rumah di mana interaksi konflik terjadi, atau objek yang mempunyai bau kehadiran orang atau haiwan lain. Penandaan juga terjadi disebabkan oleh kemahuan seksual. Pemandulan merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk masalah ini.  

Anda disarankan untuk mendapatkan penilaian atau rawatan daripada veterinar terlebih dahulu sebelum mendapatkan konsultasi dari pihak RL. Perhatian khusus harus diberikan kepada faktor-faktor yang menyebabkan ketidakselesaan pada sistem urinari, gastrointestinal atau endokrin. Sekiranya etiologi perubatan mengesahkan kucing anda sihat, penilaian terhadap tingkah laku yang abnormal akan dilakukan. 

 

Di Reallabs Malaysia, kami akan mencirikan penilaian berdasarkan;

1. Tabiat kucing

2. Ciri dan pengurusan bekas pasir 

3. Faktor persekitaran

DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA. KLIK PAUTAN DIBAWAH.

Reallabs®

Reallabs® brands is the most versatile cat litter system in Southeast Asia. The pivotal focus of Reallabs® is to penetrate the Malaysian market, bringing together with us the newest technology that are Anti Germ, Anti Odour and Eco-Friendly.

Partner & Career

 

 

 

We create an incredible brand by staying true to who we are. A strong brand needs equally strong partner. Join us to be part of the growth.

 

 

 

Passion that keeps propelling us to work hard and continually deliver greatness.

We believe our passion leads to enthusiasm and genuine joy, which is infectious!

Customer Service

 

Reallabs® by Catfills International Sdn Bhd       ©2019 All Rights Reserved 

FOLLOW US!