Apakah Pasir Kucing Yang Terbaik? Pilih Pasir Kucing Yang Bersifat Antibakteria.

Updated: Mar 28

[Artikel ini dikemas kini pada March 2021]

Cat parents sering tertanya-tanya apakah pasir kucing yang terbaik dan bagus untuk kucing mereka. Secara amnya pasir kucing boleh didapati dalam bentuk bentonite, wood, kristal, dan tofu. Ke-empat2 pasir kucing ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.


RL product development team berjaya mengesahkan jenis pasir yang terbaik adalah pasir yang berasaskan bentonite dan tofu. Berdasarkan scoring yang telah dijalankan dalam ujikaji terhadap 30 ekor kucing, 90% iaitu sebanyak 27 ekor kucing memilih bentonite sebagai pilihan. Mengapa bentonite menjadi pasir pilihan kucing?


3 kelebihan ini telah membantu dalam penghasilan REAL LITTER®.

RL ULTRA : Perfect Odour Control



Kelebihan Pertama ialah"mimicking their natural preference". Sejak zaman nenek moyang mereka lagi, kucing memilih pasir yang sebenar. Ia berbentuk irregular, kecil dan halus. Tekstur pasir yang halus dan tidak begitu kasar memberi keselesaan pada tapak kaki kucing. Ini kerana tapak kaki kucing amat sensitif, ia lembut seperti bayi. Kelebihan bentonite menyerupai tekstur semulajadi pasir kucing yang sebenar menjadikan bentonite sebagai pasir kucing yang paling digemari.


Kelebihan Kedua ialah sifat antibakteria bentonite itu sendiri mampu menghalang pembiakan bakteria berlebihan di dalam litter box. Bentonite mempunyai komponen antibakteria yang bersifat bakteriostatik dan memberi bacterisidal effect yang boleh mengawal pertumbuhan bakteria. Suka untuk kami kongsi satu research journal tentang bagaimana bentonite secara semulajadi mampu mengurangkan virus load Feline Coronavirus (FCoV). FCoV adalah sejenis virus yang bersifat highly contagious iaitu mudah berjangkit. Virus ini boleh menyebabkan jangkitan penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) dikalangan kucing. Klik research journal disini untuk mengetahui lebih lanjut.


Kelebihan Ketiga ialah bentonite memberi kesan "inhibitory effect of ammonia". Gas ammonia terbentuk melalui penguraian urik asid menyebabkan bau busuk di dalam litter box. Bentonite secara semulajadi mempunyai kelebihan dalam menguraikan ammonia lantas membendung bau busuk yang berlebihan.



Secara asasnya: Pasir kucing yang terbaik adalah pasir kucing yang menjadi pilihan kucing sendiri. Tanda2 kucing menyukai pasir mereka boleh dilihat apabila kucing suka menguis di litter box dan tidak lagi urinate merata-rata. Amat penting buat cat parents memilih pasir kucing yang menjadi pilihan kucing sendiri. Bukan itu sahaja, memastikan pasir kucing yang selamat dan mampu mengawal pembiakan bakteria adalah yang paling disarankan.


#reallitter #reallabsmalaysia #pasirkucingterbaik

367 views0 comments

Reallabs® by Catfills International Sdn Bhd       ©2019 All Rights Reserved 

FOLLOW US!