Kerjasama Strategik Antara Reallabs Bersama 10 Certified Breeder di Malaysia; The Expert.

Updated: Dec 9, 2020

Kerjasama strategik telah dimeterai diantara Reallabs dan 10 Certified Breeder di Malaysia pada November 2020. Ia bagi menjalankan penyelidikan & pembangunan Litter Care System yang lebih berkesan & selamat digunakan. Perkongsian kepakaran antara kedua belah pihak akan meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan produk yang dihasilkan bukan sahaja di Malaysia, malahan pada peringkat global.


"Hasrat kolaborasi ini disusuli dengan usaha gigih dalam mencapai sasaran persetujuan beberapa pembangunan dan penyelidikan bagi mewujudkan produk yang seiring dengan teknologi terkini. Ia seterusnya akan memberi galakan dan motivasi yang lebih besar atau ‘high impact” daripada kedua belah pihak."


Seramai 10 Certified Breeder telah bersetuju untuk bersama-sama di dalam program RL NDOS. Mereka merupakan golongan profesional yang amat mementingkan penjagaan kucing dan memastikan kucing baka bermutu ini mempunyai populasi yang terkawal. Pengalaman mereka dalam bidang pembiak-bakaan semestinya amat signifikan terhadap penjagaan litter care.


Berada pada radius yang berhampiran dengan lokasi Reallabs Malaysia, ia juga antara faktor utama dalam pemilihan 10 Certified Breeder yang pertama. Ini kerana pelbagai usaha sama dan perbincangan sua muka (face-to-face) akan dijalankan antara dua belah pihak. Oleh kerana Covid-19 masih berada pada tahap yang membimbangkan, Reallabs Malaysia menetapkan penumpuan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri yang berhampiran.


"Apabila Covid-19 ini reda, kami akan memperluaskan lagi kolaborasi bersama Certified Breeder yang berpengalaman di Malaysia."


Kerjasama ini juga mengambil kira tentang jenis baka yang berbeza. Setiap baka kucing mempunyai keperluan yang unik terhadap litter care. Kefahaman tentang profil, saiz dan tingkahlaku setiap baka membolehkan Reallabs Malaysia mencipta idea-idea baru serta menambahbaik produk yang sedia ada. Industri cat litter melibatkan teknologi yang sentiasa berkembang pesat. Sebagai peneraju utama, Reallabs akan memastikan pembangunan produk RL seiring dengan teknologi semasa.

Bagaimana kerjasama ini dilakukan?

Dalam pembangunan produk RL, terdapat 6 aspek penting yang akan dilihat. Melalui NDOS, setiap aspek ini akan dibincangkan bersama dan Reallabs Malaysia akan mengambil perhatian khusus untuk memenuhi setiap kriteria yang ditetapkan. (Klik untuk melihat siapakah Sepuluh Certfied Breeder)


"Kami percaya 10 Certified Breeder ini adalah suara Cat Parents. Mereka amat memahami dimana loops yang boleh diperbaiki bersama."


78 views0 comments

Reallabs® by Catfills International Sdn Bhd       ©2019 All Rights Reserved 

FOLLOW US!