Memahami Pilihan Kucing: Covered atau Uncovered Litter Box?

Antara faktor kucing urinate dan defecate di luar litter box.

Bukan hanya cat litter yang bersesuaian, litter box juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kucing. Jika kucing tidak menyukai litter box mereka, mereka mungkin urinate atau defecate di tempat yang tidak sesuai. Ini akan menjadi sebab utama mengapa kucing diserahkan ke tempat perlindungan. Oleh itu, menyediakan kucing dengan litter box yang memenuhi keperluannya amat penting. Apa kata kita mengetahui lebih lanjut melalui penulisan ini.



Terdapat satu kajian daripada penyelidik di Perancis mengenai pilihan litter box kucing, sama ada covered ataupun uncovered? Jom kita lihat bagaimana kajian ini mencapai satu keputusan sebulat suara tentang pilihan mereka. Dalam kajian yang dijalankan selama 28 hari, terdapat 2 variant yang ditetapkan. Yang pertama melibatkan 13 ekor kucing di mana cat parent meletakkan dua litter box (satu ditutup dengan pintu terbuka dan satu tidak mempunyai penutup) bersebelahan di bilik yang sama. Kedua-dua litter box mempunyai ukuran permukaan yang sama.




Percubaan kedua melibatkan 12 ekor kucing dengan protokol yang sama, tetapi kali ini litter box yang tidak berpenutup mempunyai luas permukaan lebih kecil berbanding dengan litter box yang ditutup (dengan pintu terbuka). Setiap hari, kehadiran najis atau urine direkodkan.

Hasil kajian ini menunjukkan kucing mempunyai keutamaan litter box yang sangat jelas dan mereke mengekalkan keutamaan itu dari semasa ke semasa sehingga hari ke-28. Kucing memilih covered litter box lebih besar daripada uncovered litter box yang bersaiz kecil, dan pilihan mereka tidak langsung dipengaruhi oleh jantina atau jenis litter box yang digunakan. Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan kucing lebih suka litter box yang berpenutup (dengan pintu terbuka) daripada litter box yang tidak berpenutup. Oleh yang demikian cat parent harus mempertimbangkan informasi ini semasa memilih litter box untuk kucing mereka.


Beugnet V, Beugnet F (2019). Field assessment in single-housed cats of litter box type (covered/uncovered) preferences for defecation. Journal of Veterinary Behavior 36:65-69.


#litterbox

#pasirkucingterbaik

#reallitter

125 views0 comments

Reallabs® by Catfills International Sdn Bhd       ©2019 All Rights Reserved 

FOLLOW US!