Reallabs Malaysia | Tips Dan Trick! Pemilihan Cat Litter atau Pasir Kucing Yang Terbaik.

Updated: Mar 16

Reallabs Malaysia : Tips Dan Trick! Pemilihan Cat Litter atau Pasir Kucing Yang Terbaik


Terlalu banyak pasir kucing yang berada di pasaran? Cat parent keliru yang mana satu yang betul2 bersesuaian? Kali ini RL development team ingin bantu cat parent tentang tips dan trick dalam memilih pasir kucing. Jika tak dipilih dengan betul, kucing anda mungkin akan mogok dan seterusnya menunjukkan ”improper toileting behaviour” yang dapat dilihat melalui kencing dan berak merata di luar litter box.


Sebenarnya, dalam penjagaan litter care ada 3 tunggak utama yang mainkan peranan penting untuk pastikan yang mana satu pasir kucing yang terbaik untuk kelurga anda. 3 tunggak utama ini adalah:


Pasir Kucing Kucing : Yang Menggunakan Pasir Kucing Cat Parent : Yang Menguruskan Pasir Kucing

Kriteria yang pertama ini sememangnya pasir kucing. Pasir kucing yang terbaik adalah pasir kucing yang mampu mengawal pembiakan bakteria dalam litter box. Cat parent wajib menitikberatkan elemen yang bersifat

1. ”Clumping” supaya semua najis atau urin dapat discoop keluar dengan efisien dan tidak meninggalkan sisa di dalam litter box.
2. ”Anti-bacterial dan Anti-fungal Protection” supaya dapat mengawal pembiakan bakteria dan fungus yang berlebihan. Jika kita lihat melalui mata kasar sudah semestinya kita rasa pasir kucing yang digunakan itu bersih, namun jika kita lihat di bawah mikroskop terlalu banyak bakteria, fungus dan parasite yang wujud di dalam litter box.

Perbandingan antara bentonite base dan tofu base Real Litter®



Inilah dasar pembangunan RL. Kami ingin mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan selamat. Aspek utama yang kami lihat mestilah mempunyai elemen pengawalan bakteria dan fungus yang baik. Kami memastikan elemen ini ada dalam setiap line up Real Litter®.


Seterusnya kita lihat kriteria kedua iaitu kucing. Penting untuk kita memahami kehendak kucing terhadap pasir mereka kerana merekalah yang menggunakan litter box. Jika cat parent ingin memastikan kucing sesuai atau tidak, lakukan ”trial run” yang simple dan mudah.


Eksperimen ini hanya memerlukan 3 pasir yang berbeza bentuk, size dan tekstur. (Jangan lupa, pastikan ketiga-tiga pasir ini ada ciri ”clump” dan ”anti-bakteria”). Tuangkan 3 pasir kucing ini ke dalam 3 litter box yang mempunyai saiz yang sama. Pastikan kedalaman litter di paras 3 inci. Letakkan juga litter box bersebelahan antara satu sama lain.


Dengan memastikan kesemua parameter ini sama, Ia dapat mengelakkan daripada mempengaruhi preference kucing. Dari penilaian “trial run” yang dijalankan, anda sudah boleh yang tahu yang mana satu kegemaran kucing anda. Selepas kucing menentukan yang mana pilihan mereka, sekarang ia pilihan anda untuk tentukan antara ketiga2 pasir kucing tersebut, yang mana satu yang dapat menjimatkan tenaga dan masa untuk mengendalikan sisa buangannya.


Semoga tips dan trick ini dapat membantu cat parent mencari pasir kucing terbaik untuk seisi keluarga.

86 views0 comments

Reallabs® by Catfills International Sdn Bhd       ©2019 All Rights Reserved 

FOLLOW US!